Anak lambat bercakap? Normal atau tidak?

Salam Syawal… Saya nak kongsikan artikel ini pada semua ibu bapa di luar sana supaya tidak menganggap anak lambat bercakap itu normal. Ia berlaku pada saya, bila saya anggap Fuad normal bila dia lambat bercakap. Tindakan bertangguh saya menghantar Fuad kepada Speech Therapist amat dikesalkan. Walaubagaimana pun, Fuad cepat belajar. Setelah hampir setahun lebih mengikuti Speech Therapy dengan Alyza Speech Therapy di Masjid Tanah. Fuad dah laju bercakap. Namun masih ada lagi pelat-pelatnya…

Fuad Naim

LAMBAT BERCAKAP? Normal ke tak Doktor? Hari ini di Klinik Psikiatri Kanak-Kanak, saya berjumpa dengan seorang anak kecik berusia 7 tahun yang dirujuk kerana lambat bercakap, sukar difahami dan kerap mengulang perkataan yang sama. Saya rasa ramai diluar yang nak tahu pasal ‘delayed speech’. Terima kasih adik A yang menginspirasikan posting ini.

Semua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan – lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.

Apa yang normal?

SEBELUM 12 BULAN

Orang putih kata ‘cooing and babbling’, atau buat bunyi ‘uuu, aaaa, ooo’ secara spontan sebelum usia 9 bulan.

Selepas 9 bulan boleh sebut baba/mama/ma/mi/papa (walaupun tanpa merujuk kepada maksud). Biasanya walaupun ibunya menjaga susah payah sejak lahir, anak akan sebut papa/baba/babah/abi dulu..mungkin sebab lebih senang sebut dari ummi, mak, ibu (jadi ayah jangan bangga sangat, it happens spontaneously hehe).

Peka dengan bunyi dan kenal objek yang biasa dengannya seperti bear, botol dan dummy.

12-18 BULAN

Babbling lebih variety dengan lebih banyak consonant seperti p,b,m, n dan sebagainya.

Boleh sebut sekurang-kurangnya satu perkataan dengan betul. Biasanya kata nama seperti ‘bola’ ‘car’.

Boleh faham arahan mudah – ‘tunjuk mama bola’.

18 ke 24 BULAN

Kebiasaannya, kanak-kanak boleh menyebut 20 perkataan sekitar usia 18 bulan dan 50 perkataan (vocabularies) dalam usia 2 tahun.

Secara mudah, 2 tahun sepatutnya boleh combine ayat 2 perkataan, contohnya ‘nak makan’, gosok gigi’, ‘motor abi’.

Boleh tunjuk objek ‘ tunjuk tangan, tunjuk mata’.

Boleh faham 2 arahan – contohnya ‘ ambil buku, bagi ummi’.

2 ke 3 TAHUN

Boleh bina ayat yang lengkap lebih dari 3 perkataan

Pemahaman lebih baik, termasuk kata sifat – besar, kecil, warna

BILA PERLU RISAU?

Apabila anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau tidak respon kepada sebarang bunyi

Anak tidak menunjukkan komunikasi dengan gerak tubuh pada usia 12 bulan – melambai, bertepuk tangan

Lebih menggunakan gaya dari bercakap untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada pada 18 bulan

Sukar memahami arahan mudah pada usia 2 tahun

Menghasilkan bunyi yang tidak normal

Percakapan sukar difahami (2 tahun- dewasa patut boleh fham separuh dari percakapan, 3 tahun – 2/3)

Terdapat masalah perkembangan yang lain – interaksi dengan kawan-kawan, tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain, tubuh terlalu kecil dan sebagainya.

Kenapa berlaku?

Masalah pendengaran

Kurang ransangan bunyi – contohnya anak dari ibubapa yang bisu

Masalah fizikal – lidah, kerongkong, hidung dan sebagainya

Masalah perkembangan – autism, global developmental delay

Masalah genetik

Dapatkan pemeriksaan awal dan rujukan ke hospital/klinik untuk temujanji dengan doktor, klinik audio dan speech therapist (terapis pertuturan) mengikut keperluan.

Rujukan: www.kidshealth.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge