Nasi Kerabu Cik Su Terbaik di Pulau Pinang

Apa habaq orang Penang? Hari ni chek nak habaq mai….

Hihihihi…. tak reti la nak cakap utara…. Buat warga Utara khususnya Penang.. Kalau anda ingin mencari nasi kerabu terbaik, boleh singgah ke gerai Nasi Kerabu Cik Su, mak saudara bongsu saya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

kmpp

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Nasi kerabu ni memang terkenal di Pantai Timur, tapi ia memang mendapat sambutan ramai di seluruh pelusuk tanah air. Tidak kira di mana ia dijual, pasti akan mendapat permintaan ramai. Bukan sahaja orang pantai timur yang sukakan Nasi Kerabu, tapi seluruh rakyat Malaysia suka makan Nasi Kerabu.

Inilah dia Nasi Kerabu Cik Su terbaik khas buat warga Pulau Pinang:

10473608_1635605633334191_2772087652734552756_n

Nasi Kerabu Ayam

 

11012989_1635605560000865_6835570844954802254_n

Nasi Kerabu Ikan Keli

 

Wow…. sungguh menyelerakan…. kecur air liur ku… boleh request ye kalau nak sambal kelapa lebih atau budu lebih atau sambal lebih… semua bisa di atur…

Cik Su juga menerima tempahan untuk jamuan. Macam-macam menu boleh request seperti nasi minyak, nasi kerabu, nasi putih dengan lauk-lauk kampung dan lain-lain. Kalau ada warga Penang yang berminat untuk merasa air tangan Cik Su, boleh hubungi Cik Su : 019-5116350

cik su

Saya doakan perniagaan Cik Su semakin berkembang dari sehari ke sehari… aminn…

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge