Tunku Abdul Rahman Juara Keseluruhan 2015

Alhamdulillah, Hari Rabu lepas selesailah kemuncak Kejohanan Olahrahraga MRSM Alor Gajah kali ke-7. Setelah kami, guru-guru dan pelajar-pelajar berpanas 3 hari berturut-turut, akhirnya kejuaraan milik Rumah Tunku Abdul Rahman… Rumah Tunku Abdul Rahman JUARA KESELURUHAN. Tahniah kepada Olahragawan tahun ini juga dari rumah kami.

Tahniah kepada semua ahli Homeroom Cikgu Rafidah yang telah memberi komitment yangg sangat mantap… Tunku Abdul Rahman membawa tema “Ya Be Da Be Duu…” Kisah Fliston dengan rakan-rakan berjaya mencuit hati juri sehingga menjadi Juara dalam perbarisan…

Tahniah juga kepada Ketua Guru Rumah Sukan, Cikgu Zamri yang sangat bersemangat dan komited.. kalau tahun lepas kami meraikan dengan Nasi Kerabu… insyaallah tahun ni dapat lagi Nasi Kerabu air tangan Cikgu Zamri.

Kejohanan Olahraga MRSM AG 2015

Kejohanan Olahraga MRSM AG 2015 (credit to Cikgu Don)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge