TELEKUNG PROJECT: Telekung Donation

Salam Jumaat penuh barakah…

Hari ni saya nak share projek terbaru The Telekung Project: Telekung Donation sempena kedatangan Ramadhan dalam 104 hari lagi. Jom kita sama-sama jayakan program ini, kalau tak dapat banyak, sedikit pun jadi untuk bekalan saham akhirat kita nanti… Anda boleh sumbangkan telekung atau sumbangkan cash untuk pembelian telekung dan pelikat. Tak kisah mana pilihan anda, janji IKHLAS. Insyaallah sedikit sumbangan kita itu mampu mengembirakan ramai hati.

Telekung Donation

Telekung Donation

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat-sahabat yg dikasihi Allah.

Alhamdulillah, kempen/project PERTAMA BUAT TAHUN 2015 dan The Telekung Project (PPM-018-10-15082012) sedang mengumpulkan TELEKUNG PUTIH BARU/TERPAKAI dan kain pelikat untuk PROJECT MENCUCI TELEKUNG dan juga PROJECT MENJELANG RAMADHAN seperti berikut:

1. 1000 PASANG TELEKUNG PUTIH BARU DAN 1000 PASANG KAIN PELIKAT untuk dimasukkan ke dalam SOLAT KIT dan diedarkan bersama-sama RAMADHAN KIT, 2 minggu sebelum menjelang Bulan Ramadhan kepada keluarga fakir miskin, ibu tunggal, saudara baru dan anak-anak yatim.

2. 300 PASANG TELEKUNG PUTIH BARU untuk diwakafkan ke surau-surau, masjid-masjid sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadhan.

3. TELEKUNG TERPAKAI yang masih berkeadaan elok utk dijadikan “TELEKUNG PROJECT” sebagai ganti telekung wakaf yg kotor sementara dicuci.

Dengan ini, Telekung Project membuka peluang kepada sahabat-sahabat untuk merebut peluang ini melalui beberapa kaedah berikut:

1. MENYUMBANGKAN TELEKUNG PUTIH BARU ATAU TERPAKAI/ KAIN PELIKAT BARU DAN POSKAN/SERAHKAN KEPADA:
THE TELEKUNG PROJECT
NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
+6019.333.7151/+6019.359.7733

2. MENYALURKAN SUMBANGAN UTK TUJUAN PEMBELIAN TELEKUNG (RM 35 SEPASANG) DAN KAIN PELIKAT (RM 15) MELALUI:

CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TELEKUNG4UKHWAH
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193337151/+60193597733

*Sgt penting: Mohon isikan borang link di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/telekungproject/TELEKUNG4UKHWAH2015/index.html

3. BANTU KAMI SHARE DAN SEBARKAN POSTING INI (TANPA SEBARANG KOS)

4. AJAK BERSAMA-SAMA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN UTK MEREBUT PELUANG INI.

5. SEDEKAHKAN DOA KEPADA KAMI AGAR TERUS BERSEMANGAT MENJALANKAN USAHA KEBAJIKAN.

INSHAALLAH, Dana ini akan ditutup setelah nilai kutipan MENCUKUPI UTK 1300 PASANG TELEKUNG BARU DAN 1000 PASANG KAIN PELIKAT . Update kutipan akan diberitahu dari masa ke semasa dan sahabat boleh terus mengikuti perkembangan wakaf ini melalui laman fanpage https://www.facebook.com/wakaf4ukhwahbythetelekungproject

Semoga Allah memudahkan usaha ini dan memberikan manfaat kepada orang lain dan yg paling utama, ALLAH MENERIMA AMALAN KEBAJIKAN DAN KEBAIKAN YG KITA SEMUA LAKUKAN, AMIN.

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
Founder/Admin
The Telekung Project
12 FEBRUARI 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge