Shaklee Alor Gajah: Kenapa menangis lagi… masih tak kenyang ke?

Kenapa menangis lagi… masih tak kenyang ke? – persoalan yang selalu bermain kepada semua ibu yang baru melahirkan bayi. Mana si ibu tak tertanya-tanya, bayi baru aje breastfeed tapi masih lagi menangis, mulutnya masih muncung-muncung macam kelaparan. Dikuatkan lagi bila ada org lain (ibu, ibu mertua atau adik beradik) mengiyakan perkara itu.
“yer la, anak kau lapar lagi tu… mulut muncung-muncung nak susu lagi. Susu kau tak banyak ke?”
“kesian anak kau tu, bagi je la susu tin…”


Bismillah
Salam hujung minggu dari saya…
Bila anak macam “masih lapar”, ibu dikatakan kurang susu… penyelesaian yang paling mudah, bagi je susu formula…


Sebagai seorang ibu yang dah nekad untuk menyusu secara eksklusif, perlu ada pendirian yang tegas dan punyai telinga yang tebal supaya tidak mudah tergoda dengan pujukan memberi susu formula kepada bayi anda. Anda perlu ada ilmu, barulah boleh menangkis segala kata-kata negatif yang datang…


Di sini saya kongsikan artikel mengenai Saiz Perut Bayi yang boleh anda jadikan point penghujahan dengan orang-orang yang mengatakan bayi anda tidak cukup susu…

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu…
– Artikel iluvislam.com –




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin

♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Fb FanPage: mamafn.com vita-shoppe

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge