Jatuh hati dengan SHAKLEE…

Salam buat pembaca sekalian…. Mama baru selesai ‘sterile” corong2 pam dan botol2 EBM Fakhri. Malam ni dapat idea nak cerita pasal ‘kekasih gelap ku’… heheheh

Kejap lagi nak join Fakri kat katil…tapi sebelum tu Mama akan ambil 4 biji ostematrix sebagai bekalan supaya tidur Mama lena hingga ke pagi dan In Sha Allah esok pagi bangun dengan segar.

Ermm.. siapa “kekasih gelap” Mama tu???


Haaa…Haaa.. ini lah dia, antara vitamin SHAKLEE yang Mama ambil sejak menyusukan Muhd Fuad Naim pada 2009 hingga la sekarang sedang menyusukan Muhd Fakhri Naim. Pada awalnya, Mama ambil sebab nak tambah susu. Tapi akhirnya Mama dapat lebih dari itu. Susu, alhamdulillah memang bertambah banyak dan badan Mama tidak letih seperti sebelum kenal Shaklee..

Bila balik Terengganu, Nenek (Misi pencen) selalu ingatkan Mama supaya makan supplement masa muda-muda… sebab bila tua tak de la kena banyak penyakit… Mama iye kan saja.. sebab masa tu tak rasa pun pentingnya supplement.. lagipun anak baru dua, rasa badan masih kuat dan umur baru 2 series… hehehe… Tapi bila umur dah masuk 3 series… ermmm badan mula rasa sengal2 dan selalu penat. Nasib baik ada Abah yang rajin picit-picit kaki Mama waktu malam. Hampir setiap malam Abah akan picit kaki Mama.

Semasa mengandungkan Muhd Fuad Naim (masa ni masih belum bertemu kekasih gelapku), hampir 2-3 kali seminggu Mama kena  simpul biawak @ krem kaki masa tidur malam. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya bila krem. Selepas bersalin Muhd Fuad Naim, Mama sangat-sangat keletihan. Hinggakan tidak larat untuk menyusukannya pada 1 jam pertama lepas kelahiran. Mama relakan Fuad diberi susu formula. Malam pertama di hospital, Mama tidur tanpa Fuad, sebab Mama relakan Fuad dijaga Nurse di nursery dan diberi susu formula. Memang sedih jika diingat kembali, tapi badan Mama sangat lemah. Tapi Mama dah pesan pada Fuad, balik dari hospital Mama akan BF Fuad sepenuhnya.

Alhamdulillah, susu Mama mulai keluar bila balik ke rumah dan Fuad Bf dengan jayanya. Sepanjang berpantang sendiri di rumah sendiri, Mama mula ‘google’ pasal BF di blog dan forum2… masa ni baru Mama terfikir untuk BF Fuad secara ekslusif (6 bulan) dan teruskan hingga 2 tahun. Sekali Mama dah buat keputusan, Mama tidak akan berpaling lagi.. Kali ni Mama mesti berjaya.. Mama tidak akan ulang kegagalan BF sama macam BF Fatin dan Farah dulu. Dulu Mama sangat naif pasal BF ni. 

Mama mula berbincang dengan Abah, so kami ambil langkah pertama untuk melabur RM membeli Medela FS. Keputusan membeli pam itu agak lambat iaitu selepas Mama habis pantang 2 bulan, dan Mama dah start kerja. Dengan bekalan stok ZERO, kais hari ni utk bekal esok… sikit demi sikit stok Mama bertambah. Alhamdulillah Medela FS memang sangat membantu. Dalam masa yang singkat, susu boleh keluar dengan banyak.

Apabila Fuad berumur 5 bulan, Mama rasa sangat penat. Mama sering mengantuk di sekolah. Kadang-kadang boleh tertidur sewaktu sesi mengepam. Dengan tekanan kerja di sekolah dan kadang-kadang jadual pam mula ke laut, susu Mama mula merudum. Stok susu makin menyusut dan Mama kembali kepada kais hari ni utk bekal esok. Mama mula mencari “milk booster” untuk memperbanyakkan susu. Mula-mula Mama mencuba Fenugreek a.k.a halba. Tapi dengan baunya yang kurang selesa itu… Mama berhenti separuh jalan. Lagipun Mama tak nampak kesannya pada kuantiti susu Mama. 

Lepas tu Mama terbaca entry kawan baik Mama pasal SHAKLEE sbg milk booster… Mama bermula dengan mencuba set B bajet (vitalea, vita-c, alfalfa dan b-compleks). Selepas sebulan makan secara konsisten, pam secara konsisten dan minum air lebih 2 liter sehari,  alhamdulillah, susu Mama bertambah KUANTITI, susu Mama bertambah KUALITI (pekat dan berkrim). Dan yang paling BEST… Mama tidak penat dan tidak mengantuk seperti sebelum ni. Selepas sebulan, Mama terus ambil Full Pack Set B, sangat berbaloi kerana boleh guna hingga 4 bulan dan juga boleh berkongsi dengan Abah.

Alamak… Fakhri dah panggil la… Mama kena stop dulu, nanti Mama sambung lagi cerita macam mana Mama boleh buat duit dengan Shaklee… BEST tau… Tunggu next entry ye…

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Comments(3)
  1. Mimie January 16, 2013
  2. Dinas Aldi January 17, 2013
  3. LYAfrina January 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge