Shaklee Alor Gajah: Pengisian rohani

Assalamualaikum, hari ni saya nak share sesuatu yang sangat menarik supaya menjadi ingatan buat kita dan keluarga..

Menurut Prof Dr Hamka:

Jika ingin melihat orang Islam…

Datanglah ke masjid pada eidilfitri dan eidiladha.

TETAPI

Jika ingin melihat orang yang beriman…

Datanglah ke masjid waktu suboh.

Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. ”

SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI

Jika subuhnya sentiasa dipelihara.

Tanda akan selamat dari neraka.

Jika subuhnya tiada dia tinggal.

Allah melindunginya dari aral.

Jika subuhnya didahului sunat.

Berganda isi dunia dia mendapat.

Jika subuhnya bergelapan ke musolla.

Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

Jika subuh ke cerah berwirid lagi.

Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN…

Jika subuhnya tiada dijaga.

Pada wajahnya tiada cahaya.

Jika subuhnya sengaja terlupa.

Tanda imannya tiada bernyawa.

Jika subuhnya terasa berat.

Tanda munafik sudah mendekat.

Jika subuh tiada dipeduli.

Tanda iman menghampiri mati.

Jika subuhnya tiada berjama’ah.

Tanda hidupnya akan hilang barakah.

Jika subuhnya tiada ke masjid.

Tanda imannya ada penyakit.

Jika subuhnya selalu terlewat.

Tanda imannya semakin cacat.

Jika subuhnya diakhir waktu.

Tanda iman semakin kelabu.

Jika subuhnya hari dah siang.

Tanda rezekinya udah hilang.

Jika di subuh masih berdengkur.

Tanda syaitan memeluknya tidur.

*والله اعلم*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge