Terjemahan Surah Al-Fatihah

Salam bahagia untuk semua…

Surah Al-Fatihah, kita baca secara wajibnya 17 kali sehari. Namun kita masih belum menghafal terjemahannya. Salah satu tips supaya khusyuk dalam solat adalah mengetahui terjemahan bacaan dalam solat…

Jom audit diri, sama-sama kita hafal terjemahan surah al-Fatihah supaya solat kita lebih khusyuk dan diterima Allah…

Al-Fatihah

 

terjemahan Alfatihah

 

  1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan.
  5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
  7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Semoga perkongsian ini menjadikan kita lebih baik dari semalam. Kita tiada kuasa untuk mengubah semalam, tapi kita berkuasa untuk mengubah masa depan. Berubahlah sekarang…

 

Comments (1)
  1. Hanizah Binti Idris September 30, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge