Shaklee Alor Gajah: Risau haid tidak teratur?

Risau haid tidak teratur? – Sebagai seorang wanita, adalah normal bagi kita untuk datang haid setiap 28-30 hari. Tapi jika anda mempunyai kitaran haid yang tida teratur, anda perlu risau.

Ini kerana ia adalah tidak normal. Kemungkinan anda mempunyai masalah hormon yang tidak stabil. Bila hormon tidak stabil, maka ia akan mengundang kepada masalah kemurungan, stress,dan pelbagai masalah emosi.


Soalan: 
Saya kini berusia 34 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah haid yang tidak normal.

Buat pengetahuan puan, sebelum saya berkahwin, kitaran haid normal setiap bulan. Tetapi selepas berkahwin dan bersalin anak pertama, kitaran haid tidak begitu teratur namun jarak datang haid hanya berbeza satu atau dua hari.

Selepas tiga tahun melahirkan anak kedua, baru-baru ini kitaran haid saya langsung tidak normal. Adakalanya ia lambat lima hari, ada kalanya dua hari dan paling lambat tiga minggu daripada tarikh sepatutnya.

Warna darah adalah darah hidup (cerah dan pekat) dan selalunya ia keluar selama empat hingga lima hari. Selepas itu ia berhenti dan bersambung dengan kesan darah sedikit atau berhenti terus.

Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah keadaan ini normal?

Siti,
Kuala Lumpur


Jawapan:
Masalah berkaitan haid adalah keluhan paling kerap didengari daripada pesakit wanita kumpulan usia anda. Sukar untuk kita mendapat kitaran haid yang betul-betul ideal iaitu setiap 28 hari sepanjang tempoh sejak kita baligh sehinggalah kita menopaus.

Secara amnya, kitaran di antara 25 hingga 35 hari boleh dianggap normal, ia tidak perlu tepat setiap kitaran.

Perkara yang dibimbangi berkaitan (jika masalah kitaran haid sebenarnya berpenyakit) lazimnya berkaitan lapisan terdalam rahim yang membentuk haid, antaranya adalah:

  1. Perkara berkaitan kesuburan iaitu telur tidak keluar atau ovulasi dalam kitaran terbabit sehingga mengganggu penebalan dan pematangan lapisan haid
  2. Penyakit berbahaya berkaitan lapisan yang membentuk haid seperti penyakit hyperplasia endometrium rahim dan kanser endometrium rahim. 
  3. Perkara biasa dan kurang berbahaya pada lapisan membentuk haid seperti polip endometrium atau polip fibroid kecil. 
  4. Gangguan hormon lain.


Anda boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk memastikan semua di atas tiada pada anda. Pada masa sama, doktor juga akan memeriksa serviks (pintu rahim) kerana kadangkala masalah ini bukanlah gangguan haid tetapi masalah luka peradangan (inflamasi) serviks. Di samping itu ujian Pap smear juga akan dilakukan.

Artikel dr Harian Metro disiarkan pada : 2013/08/26


Kami di Shaklee, mempunyai GLA Complex. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya:

  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Haid yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin

♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Fb FanPage: mamafn.com vita-shoppe

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge