Shaklee Alor Gajah: Selamat Hari Guru Cikgu

Selamat Hari Guru Cikgu- ucapan ringkas dari anak murid saya sepanjang hari ini. Tersenyum manis saya menerima ucapan itu… Alhamdulillah… Terima kasih atas ucapan dan juga doa dari anak-anak murid saya…

Bismillah…
Setiap kali tiba 16 Mei, pasti wajah semua guru di Malaysia tersenyum gembira menerima ucapan dan doa daripada anak didik mereka. Bagi mereka itulah hadiah paling bermakna… Tapi kalau ada yang nak bagi hadiah lain cikgu kecil tapak tangan, Stadium Hang Jebat cikgu tadahkan… Hihihi…
Pesan guru saya, sentiasalah mendoakan guru setiap kali lepas solat. Insyaallah murah rezeki kita nanti..
 

 

Hihi… Sekali-sekala cikgu Rafidah “selfie” ngan anak murid… Melayan karenah pelajar2 ni membuat saya ceria dan gembira…
Dikesempatan ini saya juga ingin berterima kasih kepada cikgu Shaklee saya yang sangat sabar dan banyak memberi tunjuk ajar dalam biz Shaklee.. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Mohd Naquib. 

Terima kasih cikgu… Saya sayang cikgu…
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan guru saya di seluruh Malaysia… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge