Shaklee Melaka: Terima Kasih Abang

Bismillah…


Entry ini khas Ayang tujukan pada Abang. Terima kasih Abang kerana selama ini telah memberi restu dan sokongan untuk Ayang menjalankan biz Shaklee ini. 

Kata Master Azrin, disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita dibelakangnya tapi disebalik kejayaan seorang wanita ada lelaki di sebelahnya. Bukan di depan, bukan dibelakang tetapi di sebelah… Itulah pemilik tulang rusukku…


Sepanjang perjalanan Ayang menjalankan biz ini, Abang la posmen, Abang la dispatch, Abang la driver. Setiap kali Ayang ke kelas Shaklee, Abang hantar dan jaga anak-anak. Alhamdulillah walau kini ayang masih menapak pada tangga pertama, Abang tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat. Terima kasih Abang.

Terima kasih tidak terhingga kepada P.Master Norita dan P.Master Naquib sebagai insan yang telah memperkenalkan biz Shaklee dalam hidup saya. Inilah upline, mentor, guru, sahabat dan adik kesayangan saya.


Doa dan kasih sayang N yang tak jemu-jemu sangat memberi semangat pada akak. Akak akan buktikan setiap kata-kata dan doa N itu.. Tiada yang mustahil jika kita mahu.. 

Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada upline mentor saya iaitu Master Hj Hussein dan Hjh Salwa yang turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge