Berpantang secara moden

Bismillah

Selalu Mama mendapat PM seperti ini di fb…

“Kak, shaklee ada set pantang tak? Saya nak pantang cara moden pulak la… Jamu2 saya tak leh nak telan…”

Don’t worry… Set pantang ada.. Vit c, b com, vitalea, zinc dan ostematrix… 

Masa bersalin Fakhri tahun lepas, inilah vitamin yang Mama ambil sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah, selepas seminggu luka Mama sembuh dan Mama cergas serta boleh menguruskan makan minum 3 anak yang lain. Susu? Alhamdulillah sangat meriah. Puas Fakhri minum sehinggakan graf beratnya naik sekilo dalam masa sebulan.

Ada juga yang PM bertanya… “kak, kalau saya amik shaklee, boleh tak makan jamu?” Bagi Mama, boleh cuma kena jarakkan masa pengambilan dan banyakkan minum air masak kerana jamu ni dibuat dari rempah dan herba yang bersifat agak panas. Kalau perut bayi ibu-ibu serasi dengan jamu, boleh aja diteruskan.

“kak, kalau baby kuning, boleh ke makan Shaklee?” ada juga yang bertanyakan soalan ini…
“Boleh…” Vitamin shaklee tidak memudaratkan walaupun bayi ibu kuning. 

 Kelebihan Set Berpantang Shaklee:

– Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
– Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
– Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
– Dapat membantu ibu mengurangkan stress
– Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin


Kelebihan setiap vitamin:

1 ) Vitalea/Multivitamin
Memandangkan ibu² kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu²perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
2 ) B Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
3 ) Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodisecara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
4 ) Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi
Cadangan vitamin ini juga boleh diambil bersama-sama dengan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa.
1) ESP – Protein soya non-GMO yang terdiri dari asid amino utk pembinaan sel tubuh dan bermanfaat untuk penyusuan susu ibu.
2) Ostematrix – Kalsium+ Magnesium + Vitamin D + mineral lain untuk kesihatan tulang & bermanfaat untuk penyusuan ibu.
3) Alfalfa – Mengecutkan Rahim, membanyakkan susu ibu, mgnurangkan sakit sendi, membuang toksin. (Mama tidak menggalakkan ibu mengambil alfalfa semasa dalam pantang, sebab ada bayi yang tidak serasi dengan alfalfa. Ada kes bayi cirit birit selepas ibu mengambil alfalfa. Jika ibu nak juga amik alfalfa, disarankan selepas bayi berumur 3 bulan)
**Awas jika anda ada alergi alfalfa, penyakit autoimune & SLE, anda TIDAK BOLEH mengambil alfalfa.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Fb FanPage: mamafn.com vita-shoppe

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge