PERANAN‬ HORMON DAN PENGHASILAN SUSU IBU

Salam 13 Ramadhan…. pagi ni Mama nak kongsi entry yang menarik hasil dari blog walking… kaitan antara hormon dan susu ibu… jom baca… semoga dapat barakah atas perkongsian ini.



Ada beberapa hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu:

1. Progesteron
2. Estrogen
3. Prolaktin
4. Oksitosin

Penghasilan susu ibu bermula daripada peringkat mamogenesis (pembentukan dan kematangan kelenjar mamari), diikuti dengan laktogenesis (penghasilan dan pancutan susu ibu) dan seterusnya laktasi (pemberian/penyusuan susu ibu kepada bayi).

Empat hormon yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam ketiga-tiga fasa penyusuan ibu tersebut. Corak rembesan hormon-hormon ini merupakan suatu proses homeostasis yang mana pertambahan satu faktor akan memberi kesan (sama ada meningkatkan atau mengurangkan) rembesan hormon-hormon tersebut.

Peningkatan dan pengurangan rembesan hormon-hormon ini seterusnya memberi kesan kepada kuantiti susu ibu yang dihasilkan.

Progesteron – penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Kandungannya berkurang apabila kelahiran berlaku.

Estrogen – juga merangsang perkembangan dan kematangan kelenjar mamari.

Prolaktin – merangsang penghasilan susu ibu.

Oksitosin – merangsang pancutan susu ibu, merangsang pengecutan uterus selepas kelahiran.

……………………………………………………………………………………

Nota: Satu contoh homeostasis yang mudah… kawalan air kencing oleh ginjal. Apabila cuaca panas, kandungan air dalam badan akan berkurang kerana dikeluarkan sebagai peluh. Kekurangan kandungan air dikesan oleh reseptor akan menyebabkan hormon ADH dirembeskan dengan banyak oleh kelenjar pituitari. Kehadiran hormon ADH yang banyak akan menambahkan ketelapan tubul ginjal terhadap air, maka air yang akan dibuang sebagai air kencing diserap semula kedalam darah. Kesannya air kencing menjadi pekat kerana kandungan air di dalamnya kurang. Keadaan sebaliknya berlaku apabila cuaca sejuk, itulah sebabnya mengapa kita kerap kencing bila hari hujan! ooppsss…

Sumber- http://www.momschoice.com.my/


*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge