Sembelit Selepas Melahirkan Bayi

Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. 

Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. 

Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin  menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan berfungsi  lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
  • Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
  • Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
  • Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
  • Mendapat jahitan pada luka.
Cara mengatasi sembelit?
  1. Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).
  2. Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.
  3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.
  4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.
  5. Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!
  6. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
  7. Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan  tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).
  8. Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.
  9. Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.
Namun jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda perlu berjumpa doktor dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang rentak semulajadi usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.
Selalunya doktor akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama. Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu.
Jangan  membeli sendiri ubat julap di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor kerana pengambilan ubat julap bergantung kepada sama ada anda mengambil ubat-ubat lain, atau menyusukan bayi.
Namun Mama lebih suka amalkan Ostematrix sebelum tidur, pastinya esok pagi pembuangan lancar tanpa rasa sakit. 

Boleh baca di sini mengenai Ostematrix.



*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge