Rahsia susu banyak…

Salam hujung minggu… Apa khabar semua? Mama doakan kalian sentiasa bahagia bersama keluarga. Hargailah orang tersayang dikala mereka masih bersama kita….

Hari ni Mama nak kongsi kegembiraan sepupu Mama, Yaya apabila dapat menghasilkan susu yang banyak.

Status Yaya di fb pd 20 Feb 2013: sikit jer arinie.. macamana nak bg byk lagi…. 🙂 plssssss shareeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (gambar atas)

Status Yaya di fb pd 22 Feb 2013: alhamdullilah hasil ari jumaat.. 🙂 (gambar bawah)

Nak tahu apa yang Yaya buat???
Bila Yaya publish hasil perahan pada hari rabu lepas, Mama segera call Yaya untuk memberi bantuan. Ibu menyusu semestinya perlukan sokongan lebih-lebih lagi apabila susu merudum. Beginilah lebih kurang perbualan Mama dengan Yaya.

Mama: Yaya, susu dalam gambar tu, hasil dari berapa kali perahan?
Yaya: 2 kali kak. Yaya perah pukul 11 pg dan 430 petang. Masa lain Yaya tak perah sebab cik B tak bengkak. Lembik je. Kalau perah juga dapat sikit. Sebab tu lah Yaya tunggu hingga cik B bengkak sikit.
Mama: Yaya, memang la macam tu… Cik B kita tak akan rasa bengkak macam kita dalam pantang dulu. Walaupun tak bengkak, tak bermakna susu tak ada.. Yaya dah salah konsep ni.. Start esok cuba Yaya ikut jadual ni.
Yaya: Jadual macam mana kak?
Mama: 6 pagi : Direct feeding @ tanderm nursing, 10 pagi : pam, 1 tgh : pam, 4 ptg : pam. Bila dengan baby bagi direct feeding.
Yaya: Kalau sekali perah dapat sikit je cam ne?
Mama: Cuba dulu, Yaya jangan fikir berapa oz yang akan dapat setiap kali perah. Biar cik B serasi dengan jadual perahan baru ni. Pam jer.. Jangan kisah berapa hasilnya. Cuba konsisten dengan jadual baru ni..
Yaya: Ok kak, thanks. Yaya akan cuba buat.

Perbualan kami ni berlaku pada hari Rabu dan Alhamdulillah pada hari Jumaat, Yaya telah post gambar hasil tuaiannya yang telah meningkat. Inilah SYARAT WAJIB dalam penyusuan susu ibu. KERAP PAM / DIRECT FEEDING (2 – 3 jam). Syarat inilah yang selalu dilupakan oleh ramai ibu diluar sana. Terutamanya yang mengamalkan milk booster. Ingat ye! Milkbooster akan mempercepatkan pembuatan susu, tapi susu itu tidak akan keluar jika tidak diperah keluar.

MasyaAllah… Kilang susu kita ni sangat intelligent. Dia cuma akan mengeluarkan susu bila ada permintaan. Allah dah ciptakan hukumnya begitu.. Bayangkan kalau dia terus-terusan produce susu walaupun tanpa ada permintaan. Dan ibu tidak mengepam atau menyusukan anaknya secara direct… Lama-lama dia akan meletup umpama gunung berapi meluahkan larvanya.. Nauzubillah… Mohon dijauhkan…

Jika ada diantara anda yang melalui pengalaman sama dengan Yaya. Cubalah tambah sesi perahan. Dalam menjayakan perjalanan penyusuan selama 2 tahun, ibu-ibu kena banyak bersabar dan mesti sentiasa ingat 3 perkara asas ni:
1. Minum air masak 3 liter sehari
2. Pam / direct feeding 2 – 3 jam sekali
3. Doa yang tak putus-putus pada Ya Rab supaya memurahkan rezeki susu untuk anak tersayang.

Lega sangat dapat bantu Yaya. Mama doakan ibu-ibu lain pun akan bahagia seperti Yaya.

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge