Impian Mama 2013: Jana RM5k sebulan

Salam Maulidur Rasul… 
Masih belum terlambat rasanya untuk Mama ucapkan pada pembaca sekalian.. Alhamdulillah bila dapat cuti atau cuti hujung minggu, Mama dan Abah akan plan aktiviti bersama anak-anak. Kalau boleh lari dari rutin harian yang biasa…

Ini cerita cuti Maulidur Rasul. Kami mulakan pagi khamis tu dengan bersarapan di Warung Siti Eda di persimpangan Bachang..Mama makan nasi lemak dengan sambal paru , Abah pula nasi lemak dengan rendang kerang dan FNs dengan roti canai kosong. Kalau hujung minggu, Warung Siti Eda ni penuh, kadang-kadang kena tunggu sekejap untuk dapatkan meja kosong… Lepas ni kena telan Omega dan Alfalfa la… huhu… kasi angkut itu lemaksss…

Selepas tu kami ke JJ Bandaraya… bawa FNs ke Kid Zone. Anak-anak zaman sekarang ni sangat aktif, jadi kena bawa ke tempat-tempat yang boleh mereka salurkan tenaga tu keluar. Asyik mengadap gadjet saja… sekali-sekala bawak FNs keluar peluh… seronok bila tengok anak-anak gembira dan ketawa riang…

Bila Mama dan Abah plan nak bawa anak jalan-jalan, pertama sekali mesti buat bajet. Hanya boleh pilih tempat-tempat yang tidak terlalu mahal. Jauh disudut hati, teringin juga nak bawa anak ke LegoLand atau Kidzania atau USS di Singapura…. tapi memandangkan entrance fee agak mahal dan tempat tu agak jauh dari Melaka… keinginan itu di KIV dulu… Fatin dan Farah selalu juga minta Mama dan Abah bawakan mereka ke sana… tapi Mama cakap, nantilah, nantilah… kita pergi suatu hari nanti..

Hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak-anak cerita keseronokan kawan-kawannya yang telah pergi ke Legoland dan USS… Awal tahun baru-baru ni, Fatin dan Farah sibuk bercerita yang kawannya telah pergi ke Legoland.. macam-macam aktiviti mereka di sana… di akhir cerita…. “Mamaaaa, bila kita nak gi LegoLand???” Mama cuma mampu balas, “Nantilah kita pergi.”

Pendapatan Abah dan Mama sekarang ni hanya cukup-cukup untuk rolling sebulan dan sedikit simpanan. Jika ada plan nak bercuti, kami akan mula menabung biasanya ‘main kutu’. Tapi bila FNs dah semakin membesar, belanja yang besar diperlukan jika nak bercuti ke hotel @ USS. 



Kali ni Mama nekad untuk serius dalam Shaklee. Mama nak dapat pendapatan RM**,*** sebulan. Dalam Shaklee semunya POSSIBLE. Mungkin anda tak percaya… tapi percayalah dah ramai kawan-kawan Mama dah berjaya. Mama pun akan berjaya juga seperti mereka. Kerana Mama yakin, hanya melalui berniaga kita akan dapat merubah nasib keluarga. Jika bekerja dengan orang, sampai bila-bila pun akan berada di tahap sekarang, kalau kerja gomen, mungkin adalah kenaikan RM2++ setahun. Dan bonus 1/2 bulan gaji… tahun lepas nasib baik PM nak kasi 1 1/2 bulan.. tahun ni tak tahu lagi…

Jika kita berniaga, boss kita adalah Allah. Bila kita kuat berusaha, kuat beribadat, kuat berdoa.. in sha Allah rezeki akan datang, kena tahu cara menjemput rezeki… Bila berniaga, kita la kuli, kita la boss. Kalau malas, rezeki kurang. So kena sentiasa rajin supaya rezeki maintain. Mama mula daftar sebagai Shaklee Independent Distributor sejak Feb 2011 lagi. Mama pernah dapat bonus RM5++. walaupun sedikit jika dibandingkan dengan orang lain… tapi sapa nak bagi kan extra RM5++. itu cuma bila buat main-main… sharing sikit-sikit ngan kawan-kawan fb dan keluarga… Jadi tidak mustahil Mama akan jana pendapatan 5K jika Mama berusaha lebih gigih dari sekarang… Mama BOLEH.. Mama YAKIN BOLEH… 

Mama YAKIN dapat RM5k sebulan..
Mama YAKIN dapat RM5k sebulan..
Mama YAKIN dapat RM5k sebulan..
Mama YAKIN dapat RM5k sebulan..
Mama YAKIN dapat RM5k sebulan..


Kenapa Shaklee?
Sebab Shaklee sudah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia dan lebih 50 tahun di US.
Sebab Shaklee adalah pengeluar Vitamin semulajadi yang terbaik di dunia, terbukti sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
Sebab Shaklee telah melabur lebih daripada USD300 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Sebab orang dah ramai kenal Shaklee
Sebab senang dapat repeat sales
Sebab Mama nak tolong kawan-kawan dan sedara-sedara Mama sihat dan cergas.
Sebab dengan duit bonus Shaklee, Mama nak bawa FNs ke USS, Disney Land dan lain-lain
Sebab Mama yakin Mama dan Abah boleh menunaikan haji dengan duit bonus Shaklee..

Itulah impian Mama pada 2013… In sha Allah, Hanya Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Maha Pemberi rezeki dan Mama akan kongsikan dengan orang yang memerlukan….

*Mama juga adalah wakil COD Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Juga penghantaran poslaju serata Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge