Harga MealShakes Murah berbanding….

Salam pagi Isnin, hari terakhir 2012 sebelum melangkah ke tahun baru…. jadi berbaki 2 hari lagi sebelum dua puteri Mama melangkah kembali ke sekolah…. Rutin harian akan berubah mulai hari Rabu ni… 

Fatin akan melangkah ke tahun 3, manakala Farah akan menyambung ke tahun 2 di SK Alor Gajah 1. Tahun depan juga Farah akan mula berSekolah Agama JAIM. Memang sengaja Mama tak masukkan dia ke sek agama semasa darjah 1, sama seperti Fatin dulu, sebabnya Mama dan Abah tak nak bebankan mereka dengan rutin yang telalu pack. Biarla dia selesa dulu dengan sekolah pagi… so bila dah naik darjah 2, dia dah biasa dengan rutin tu, harapnya dia tak de masalah nak ke Sek Agama belah petang…

Pelajar darjah 1-3, Sek Agama Jaim Di Melaka belajar cuma 3 hari iaitu Isnin (2-6 ptg), Selasa (2-6 ptg) dan Rabu (4-6 ptg).  Walaupun tiga hari tapi bila gabung dengan jadual sekolah kebangsaan, terlalu pack bagi anak-anak darjah 1. Itu pendapat Mama la kan… lain orang, lain pendapatnya..

Pada awal tahun 2012, Farah agak keletihan di sekolah. Cikgunya ada memberi respond yang dia suka tertidur di dalam kelas. Farah ni lahir bulan Disember.. so masa awal tahun tu, umur dia baru 6 tahun 1 minggu…masih kecil.. masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana belajar yang lain dari tadika… setiap hari lepas balik sekolah, Mama akan tanya Farah, “Hari ni Farah belajar apa?”
“Farah tak tahuuu, Ma… Farah tidur kat kelas. Cikgu ajar lama sangatt… “, cerita Farah.

Satu lagi, Farah ni jenis yang susah nak makan, memilih makan. Kalau tak der ayam goreng, dia rela tak makan… macam Upin dan Ipin… hehehe

Apa yang Mama buat? Mama tambahkan sedikit Mealshakes Shaklee dalam susu Farah. Cuma sedikit sahaja sebab takut dia perasan kelainan rasa susu. Farah minum susu perasa asli, jadi kalau tambah mealshakes, susu dia akan rasa vanilla. Bila habis menyusu, “Ma, sedapla susu ni”… ermmm Mama senyum je… ok la tu.. Biarla rahsia…. sebab kalau dia tahu, mesti dia tak nak minum….

Ini dia MealShakes Shaklee

Fakta menarik tentang Mealshake Shaklee

Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curigaDalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik

  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah

Sumber : Shaklee Product Guide

6 fakta menarik tentang Mealshakes:

  • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’: Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. (*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan)
  • Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel:Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. (*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.)
  • Untuk Pembesaran: Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. (*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung)
  • Anti-oksida: Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.(*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan)
  • Pemulihan Kulit: Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. (*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus)
  • Detox: Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. (*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit)

~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Sekarang ni Mama sangat puas hati… Alhamdulillah.. Farah dah makin selera makan, dah tak mengantuk dalam kelas seperti dulu… dan Mama akan pastikan Farah dan Fatin akan dapat kebaikan MealShakes ni sepanjang tahun 2013 pula… dan yang pasti Harga Mealshakes Murah berbanding dengan pelbagai khasiat yang telah Farah dapat sepanjang tahun 2012.


Note: Bagi ibu-ibu menyusu pula, Jika anda ada kekangan  untuk beli ESP Shaklee, boleh juga menggantikan Meal Shake.So bagi yang nak order vitamin penyusuan, anda boleh membeli fullpack vitamin B, C, Ostematrix dan Meal Shake. Tak perlu amik vitalea dan ESP kerana ia telah digantikan dengan Meal Shake! Dapatkan harga lebih menarik  hanya dari MamaFN.com 

**Mama juga adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD di kawasan Bandar Melaka dan juga Pekan Alor Gajah.


Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge