Balik Kampung

Salam sayang,
Maaf sangat-sangat sebab lama tak menulis. eh.. ada ke yang nak baca blog ni?? ermm tak pe lah, maybe ada kot silent reader (saja Mama nak sejukkan hati)

Apa khabar semua pembaca.. cepat sungguh masa berlalu. Hari ni 12.12.12, cantik sungguh tarikh hari ni. Pasti ada ramai yang ingin mencatatkan sejarah bahagia pada hari ni. Cuti sekolah kali ni Mama tak ke mana-mana tempat peranginan, hanya balik ke Besut sahaja masa pertengahan november lepas. 

Mama dan 4 FN berkampung rumah Aki dan Nenek. FN yang paling seronok mestilah Fuad Naim tu, sebab Aki rajin layan dia. Pagi-pagi bangun tidur, dah ajak Aki naik motor ke kedai cari bihoon goreng. Hari-hari nak makan bihoon goreng. tak bosan-bosan. Tak kan Mama nak masak bihoon goreng hari-hari, nanti bising pulak kakak-kakak FN tu.

Bila di kampung, kami selalu membeli makanan untuk sarapan sebab masa ni la nak Qada’ menu-menu yang dah lama tak rasa seperti nasi ‘Mok Som’, nasi dagang, Nasi minyak, Nasi ikan bakar Pengkalan Nyireh dan pelbagai jenis nasi lagi… Nasi Mok Som memang favorite keluarga kami, Abah FN pun suka. Seingat Mama, dulu Nasi Mok Som cuma berharga RM0.30 sebungkus (tahun 1988), tetapi sekarang harganya dah jadi RM2.50. Tapi yang penting, kuantiti dan rasa tetap sama… Sekarang ni anak Mok Som yang menyambung perniaagan tu. 

Kalau ke Pasar Malam Kg Raja petang Ahad, menu utama yang dibeli: Murtabak dan Apom Lor (Apam Balik yang dipecahkan sebiji telur dalammya). Rasanya… usah ditanya……. walllaahhhh… memang tak dapat la nak cari murtabak n apam balik macam tu kat Melaka ni. Kalau la perut boleh menyanyi, mesti dia nyanyi lagu ni.. “cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja”… heheheh… sebab dia tak sempat nak kosong… 

Walaupun kami balik kampung, vitamin b, c, vitalea dan ESP tak akan dapat dipisahkan dari MamaFN dan AbahFN. Sebab apa? sebab kami nak lagi sihat walaupun dan sihat. Vitamin adalah untuk orang yang sihat, kalau sakit baru nak ambil vitamin, itu konsep yang salah. Jika sakit kena jumpa Doktor dan ambil ubat.


*Sebagai ibu menyusu, pengambilan ESP secara konsisten sangat lah perlu sbb bahan asas dalam susu ibu adalah protein. Mama sangat terasa perbezaannya bila ambil dan tidak, terasa sangat dari segi production susu dan tahap kelaparan Fakhri Naim. Jika pagi2 dah minum ESP, dia akan kenyang lebih lama. Jika malam2 sebelum tidur amik ESP, malam tu Fakhri akan terjaga sekali sahaja. Dan yang pasti pagi2 esok mama kena pam, kalau tak…. clogduct la…



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Rafidah M Shamsuddin
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 846828]
♥ Contact No | Whatsup : 019-3652473
♥ Emel : rafidah.msham@gmail.com
♥ Laman web: mamafn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge