Pelengkap Hidup Mama

Salam Selasa,

Mama masih lagi dalam Maternity Leave… ini la kali pertama mengambil cuti 90 hari… yer la anak pertama hingga ketiga dulu, cuti bersalin yang dibenarkan hanya 60 hari. Terima kasih kepada NGO-NGO berkenaan yang memperjuangkan nasib ibu-ibu sektor awam.

Anak ke-4 Mama diberi nama Muhammad Fakhri Naim, lahir sehari sebelum Ramadhan yang lepas pada usia 38 minggu dalam kandungan. Kelahiran Fakhri melengkapkan pasangan anak-anak mama. Sekarang Mama telah dikurniakan dua pasang anak yang sangat sihat dan aktif. Fatin Nabihah, Farah Nurain, Fuad Naim dan Fakhri Naim.

Untuk kelahiran kali ke-4 ni, Mama akan meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan hingga 2 tahun. Mungkin kali ni lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Mama tidak rasa mama gagal dalam penyusuan susu ibu sebelum ini. Tapi Mama akan cuba buat yang terbaik, maklumla dah yang terakhir… hehehe.. lepas ni kilang dah tutup.

Info mengenai penyusan susu ibu sungguh banyak sekarang, tanya aje ngan Mr Google… dia akan bagitau. Banyak support-group dan forum yang membincangkan mengenai susu ibu dari pelbagai segi seperti penyusuan, penyediaan stok, cara mengendalikan susu perahan, cara memperbanyakan susu dan lain-lain. Entry seterus-terusnya Mama akan kongsi satu persatu.

Mama adalah seorang ibu yang memperjuangkan penyusuan susu ibu dengan supplement kerana Mama percaya dengan pengambilan supplement, badan Mama lebih sihat, kurang stress, kurang letih, lebih-lebih lagi kena menguruskan 3 lagi anak-anak yang sedang membesar.

Ini dia putera hati Mama yang ke-4, baby Shaklee Mama yang sedang membesar.. hari ni Fakhri dah berusia 54 hari.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Gmail : 
 rafidah.msham[@]gmail.com 
Call/Viber : 
            019-3652473      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge